Tu dia.....pakat-pakat mai tengok lekas.

9,590

Jumaat, 16 Ogos 2013

Pengenalan.

OBJEKTIF FAN PAGE VISIT KEDAH

Objektif pewujudan fan page Visit Kedah di FB adalah bertujuan untuk mempromosikan produk pelancongan di negeri Jelapang Padi itu.Selain itu,pemewujudan fan page ini bagi membantu pihak kerajaan memajukan industri pelancongan negara amnya dan negeri Kedah khasnya

TARIKH PEMEWUJUDAN FAN PAGE

Tarikh pemewujudan fan page ini pada 20hb November 2011 dengan album pertamanya iaitu 'Pelancongan @ Kulim'.

PENTADBIRAN

Hanya seorang admin setakat sekarang ini bagi mentadbir fan page ini.Hal ini menyebabkan fan page ini jarang mengemaskini status untuk informasi masyarakat.Admin sedia menerima bahan daripada orang awam untuk dikongsi bersama selagi bahan itu wajar dikongsi bersama.

KELEBIHAN KEPADA PENGUSAHA PRODUK PELANCONGAN KEDAH

Kepada pengusaha homestay atau produk yang berkaitan dengan pelancongan negeri kedah bolehla untuk mempromosi produk mereka di fan page ini dengan menghantar mesej/chat terus kepada Visit Kedah.

LIKE

Visit Kedah hanya mendapat 100 like pada 29 Mac 2013.Ini menunjukkan Visit Kedah merupakan fan page yang kurang mendapat perhatian masyarakat.Admin telah mentranformasikan fanpage ini tetapi tidak menekankanya.Tranformasi ini berjaya meningkatkan jumlah like fan page ini sebanyak 82.487 peratus dari jumlah asalnya.

SEKARANG

Sekarang admin meneruskan program tranformasi itu dengan mewujudkan blog www.wwwfpkedah.blogspot.com bagi memperkenalkan fan page ini kepada masyarakat umum.

SETERUSNYA

Admin merancang untuk melantik beberapa orang untuk menjadi ajen bahan status di setiap daerah di Kedah.Antara daerah tersebut ialah Bandar Baharu,Kulim,Baling,Sik,Kuala Muda,Yan,Pendang,Padang Terap,Kota Star,Kubang Pasu,dan Langkawi.Admin mengalu-ngalukan sesiapa yang berminat tetapi tiada gaji ataupun upah just nak membantu pelancongan negeri Kedah ja.

TAJAAN

Sehingga sekarang Visit Kedah masih berdiri diatas kaki sendiri tanpa tajaan dari pihak kerajaan mahupun swasta.

LAMAN SESAWANG FAN PAGE VISIT KEDAH



Tiada ulasan:

Catat Ulasan